Tanggungjawab Suami Posted on November 12th
Semua orang menginginkan kebahagiaan dalam hidupnya. Salah satu cara untuk mencapai kebahagiaan adalah melalui pernikahan. Tujuan berumahtangga ialah untuk ” mencari ketenangan dan kedamaian di dalam hidup [ayat 80 surah an-Nahl]“.
Rasa bahagia ini terwujud kerana adanya perasaan cinta dan kasih sayang yang menjadi asas pembentukan keluarga bahagia. Bagaimanakah caranya untuk membentuk sebuah institusi keluarga yang bahagia ini? Jawapannya ialah perlulah mengetahui dan menjalankan tanggungjawab masing-masing. Tanpa rasa tanggungjawab ini, maka kebahagiaan dalam sesebuah keluarga tidak akan tercapai. Tanpa rasa bahagia, kita akan sentiasa berasa resah dan gelisah kerana ia adalah perasaan semulajadi manusia untuk menikmati kebahagiaan. Esai ini akan menyentuh tentang peranan suami isteri dalam membentuk keluarga bahagia.
TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERIApabila telah menikah, tanggungjawab yang harus dipikul oleh suami isteri menjadi lebih besar dan berat. Kedua pihak perlulah menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan pernikahan yang dibina bahagia hingga ke akhirnya
TANGGUNGJAWAB SUAMI ADILSalah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.Sabda Rasulullah SAW:(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tonggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam.Jika sesorang lelaki itu menikahi lebih dari seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.
PEMIMPINSuami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.Firman AllahLelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.(An-Nisa:34)NAFKAHSi suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan dasar kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.Firman Allah“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”(Al-Baqarah:233)Suami juga hendaklah memberikan uang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia bisa membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesar, aman dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.
PENDIDIKANPendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mencegah keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.
PELINDUNGSi suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.(at-Talaq :6)Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri dari segala bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.Sabda Rasulullah SAW:Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi pertengkaran walaupun masalah yang timbul adalah sangat sepele. Si suami hendaklah bersabar dengan isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah karena perkara yang kecil maka si suami memarahi si isteri itu. Akibatnya, mahtangga akan menjadi goyah.Jika terdapat kecacatan secara fisik atau sebagainya, si suami hendaklah merahasiakannya dari pengetahuan orang lain. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahasiakan segalanya. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah menikah, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.
MELAYANI & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIKSenda Gurau sangat perlu dalam hubungan suami isteri kerana dapat mendekatkan hubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merilekskan badan dan pikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri a dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.Suami hendaklah mendekati si isteri dengan cara yang baik dan sopan, tidak bersikap ganas seperti seekor binatang. Isteri hendaklah dilayani sebagai seorang yang setaraf yang berbagi kebahagiaan dengannya. Sepatutnya isteri itu dilayani dengan penuh kasih sayang dan kelembutan terutamanya pada malam pertama pernikahan mereka. Dengan ini, sudah tentu akan mengukuhkan lagi rasa kasih sayang antara mereka.Suami akan mendapat ganjaran di akhirat jika menggauli si isteri dengan baik:Dan bergaullah dengan mereka (perempuan-perempuan) dengan baik, dan sekiranya kamu membenci mereka mungkin apa yang kurang kamu sukai itu Allah menjadikannya kebaikan yang banyak.(An-Nisa :19)Seorang suami juga tidak boleh mempunyai prasangka yang buruk dan bukan-bukan terhadap isterinya walaupun perasaan cemburu itu adalah perkara biasa. Perasaan cemburu yang timbul itu mestilah munasabah dan tidak keterlaluan sehingga boleh menyebabkan perbalahan antara suami isteri. Si suami sepatutnya tidak membiarkan perasaan cemburu itu mengatasi akal pemikiran yang rasional dalam menyelesaikan masalah.Sabda Rasulullah SAW:There is a type of jealousy which Allah loves and there is another type which Allah hates. As for what which Allah loves, it is the jealousy which is provoked by a legitimate cause of suspicion; and that which Allah hates is the jealousy which is unduly aroused.(Ibnu Majah)
Trackback URL






